Monday, November 14, 2011

Tempoh kehidupan dinosaur





















Dinosaur membiak dengan meluas pada Zaman Mesozoik kira-kira 248-65 juta tahun dahulu, yang juga juga dikenali sebagai Era Dinosaur. Zaman Mesozoik berkekalan selama 180 juta tahun dari pada 245 juta tahun dahulu sehingga 65 juta tahun dahulu dan dibahagikan kepada 3 tempoh :-

  1. Triassic sempena tiga "trias" jenis batu yang didapati di Jerman;
  2. Jurassic sempena nama gunung Jura di Perancis;
  3. Cretaceous sempena nama tebing tinggi batu kapur di persisiran Selat Inggeris.


Walaupun dinosaur didapati di ketiga-tiga tempoh sepanjang zaman Mesozoik, setiap tempoh tersebut mempunyai spesies yang tersendiri. Sebagai contoh Stegosaurus terdapat dalam tempoh Jurassic, sementara Tyrannosaurus rex hidup dalam tempoh Cretaceous. Manusia dan dinosaur juga dijurangi oleh tempoh waktu selama 60 juta tahun dan tidak pernah terserempak sesama sendiri.

No comments:

Post a Comment

Baby Yoshi Blinking